Malaysia Dateline

Elok terima motosikal Ysuku, tiba-tiba suami muncul nafi berpisah dengan wanita FoodPanda dikatakan ibu tunggal

Sebaik terima sebuah motosikal Ysuku, tiba-tiba suami kepada seorang wanita yang dikatakan ibu tunggal muncul menafikan mereka sudah lama berpisah.

Ini berikutan dermawan dan juga pendakwah bebas Ebit Lew menghadiahkan motorsikal berkenaan kepada ibu muda yang bekerja sebagai Foodpanda Walker bagi memudahkan kerjanya.

Namun seorang lelaki bernama Fakhrul Rosli mendakwa masih suami wanita yang dikenali sebagai Emy, 23 juga mempunyai seorang cahaya mata.

Bagaimanapun Emy menyatakan beliau sudah lama berpisah dengan suaminya dan tinggal berdua dengan anak sambil menjadi pembantu sambilan di sebuah restoran di kawasan Kerinchi, Lembah Pantai.

Fakhrul Rosli menerusi komennya di Intagram Ebit Lew menyatakan yang mereka baik-baik sahaja cuma status hubungan masih dalam proses mahkamah.

Menurut Fakhrul Rosli dia dan isteri tetap saling berhubung demi anak tersayang. Mereka turut tinggal berhampiran dan segalanya masih dalam proses mahkamah.

Fakhrul turut memakumkan beliau masih menyayangi hubungan perkahwinannya dan mungkin apa yang terjadi sebagai satu bentuk ujian daripada Allah S.W.T untuk menguatkan lagi hubungan mereka.

Jelas Fakhrul, jauh di sudut hatinya, dia masih lagi menyayangi isteri dan akan mencuba yang terbaik demi mempertahankan rumah tangga mereka.

Penjelasannya itu telah mendapat perhatian warganet yang kebanyakkannya menasihati pemuda tersebut supaya menjaga rumah tangga kerana mereka masih mempunyai anak kecil serta usia perkahwinan yang masih muda.

Baca juga: Wanita sanggup guna kad debit tertinggal, tak sangka tuan punya kad sanggup maafkan

Baca juga: Kalau tak mahu Anwar bekerjasama dengan BN, pastikan PH menang lebih 112 kerusi parlimen