Elon Musk bukan lagi orang terkaya di dunia, nombor 1 rupanya ada kaitan dengan Lisa Blackpink

Oleh MAISARAH AISYA

Gelaran manusia terkaya di dunia bukan lagi disandang oleh pemilik platfrom X, kini ia dimiliki oleh individu yang terkait dengan penyumbang dana kepada Israel.

Individu terkaya di dunia kini milik Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan LVMH Moet Hennessy Louis Vuitton, Bernard Arnault.

Menurut portal Anadolu, Arnault, 74, mempunyai ang­garan kekayaan mencecah AS$212 bilion (RM1 trilion), demikian menurut senarai bilionair terbitan majalah The Forbes.

Tular khabar angin percintaan di antara anak keempat bilionair tersebut, Frederic Arnault yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Tag Heuer bersama salah seorang anggota kumpulan Blackpink, Lisa.

Lisa dilihat banyak menghabiskan masa di Paris bersama Frederic usai tidak menyambung kontrak solo bersama syarikatnya, YG Entertainment.

Malah Lisa juga merupakan duta jenama antarabangsa, Celine iaitu jenama barangan mewah kulit dan siap pakai Perancis yang dimiliki oleh Kumpulan LVMH sejak 1996.

Tempat kedua disandang ketua pegawai eksekutif (CEO) Spacex, pengasas bersama syarikat kenderaan elektrik Tesla, Elon Musk dengan anggaran kekayaan AS$198 bilion (RM934 bilion).

Manakala pengasas syarikat peruncitan online Amazon, Jeff Bezos, juga dari AS, berada di tempat ketiga dengan anggaran kekayaan hampir AS$194 bilion (RM915 bilion).

Buat pengasas dan CEO Meta Platforms, Mark Zuckerberg kini melonjak ke tempat keempat dengan anggaran kekayaan bersih sebanyak AS$167 bilion (RM787.82 bilion).

Pendapatan Meta meningkat 25 peratus dari tahun ke tahun kepada AS$40.11 bilion (RM189.22 bilion)

Malah syarikat itu juga berjaya menurunkan kos dan perbelanjaan sebanyak 8 peratus. Zuckerberg kini dianggarkan mem­punyai 13 peratus pegangan da­lam Meta.

Baca juga: Raih populariti di usia muda, Naqiu bawa duit belanja RM15,000 dalam beg sekolah