Malaysia Dateline

Elon Musk hampir hilang ‘takhta’ individu terkaya dunia selepas saham Tesla terus merosot

Pastinya ramai mengenali Elon Musk, pemilik Tesla yang membeli Twitter tahun ini. Namun disebabkan pembelian tersebut saham Tesla dikatakan menurun sehingga menyebabkan Musk nyaris kehilangan gelaran individu terkaya dunia.

Menurut Forbes, ketua eksekutif syarikat induk jenama mewah, Louis Vuitton LVMH, Bernard Arnault dan keluarganya sempat merampas kedudukan Musk sebagai individu terkaya dunia sebelum turun kembali ke tangga kedua dengan nilai kekayaan peribadi AS$185.3 bilion (RM816.4 bilion).

Musk dikatakan mengungguli carta individu terkaya dunia dalam senarai Forbes sejak September 2021, dan mempunyai nilai kekayaan sebanyak AS$185.7 bilion (RM818.5 bilion).

Namun saham Tesla dilaporkan merosot lebih 47 peratus sejak Musk membeli Twitter pada awal tahun ini, dan kemudian menurun lagi sebanyak 2.7 peratus.

Disebabkan itu nilai kekayaan Musk turun sehingga bawah AS$200 bilion (RM881.6 bilion) pada 8 November lalu.

Ini adalah disebabkan kebimbangan pelabur sekiranya Musk terlalu fokus dengan Twitter dan mereka buat keputusan untuk tidak melabur.

Tesla hilang hampir separuh nilai pasaran dan nilai kekayaan Musk juga dilapor merosok sehingga AS$70 bilion (RM308.5 bilion) selepas beliau buat bidaan untuk beli Twitter, April lalu.

Baca juga: Tunggu malam ini, Anwar akan umum senarai timbalan menteri

Baca juga: Nak kurus sangat, wanita patah empat tulang rusuk lepas batuk kuat