‘Empat jam tunggu Komuter macam orang bodoh’

‘Empat jam tunggu Komuter macam orang bodoh’

Pengguna komuter di stesen Sungai Buloh semalam berjam-jam menunggu tanpa dimaklumkan jangkaan tren tiba. Foto Spark Nauza

Berang lantaran empat jam menunggu ketibaan tren KTM komuter, seorang pengguna pengangkutan awam itu, Ezrin Nazan membuat rakaman video memaparkan masalah yang turut dihadapi ribuan penumpang lain.

Berdurasi tiga minit, beliau memberitahu dirinya kelmarin terpaksa menanti di stesen komuter Sungai Buloh bermula pukul 2.43 petang dalam perjalanan menuju ke Rawang.

Ujarnya, terdapat pengguna komuter menunggu tren sejak tengah hari dengan paparan masa dari semasa ke semasa memaklumkan tren akan tiba dalam tempoh 30 minit sehingga sejam.  

Ezrin berkata, pada mulanya petugas komuter di KL Sentral memberitahu tiada tren menuju ke Rawang dan dinasihatkan menggunakan MRT ke Sungai Buloh.

“Jadi, saya ambillah (MRT menuju ke Sungai Buloh). Masalahnya, tren tak sampai-sampai. Rasa macam orang bodoh (menunggu).

“Tren janji akan muncul setiap 30 minit hingga satu jam. Apa masalah KTM sebenarnya? Empat jam tunggu Komuter jadi orang bodoh,” soal beliau sambil menunjukkan slip tiket lengkap dengan masa dan tambang sebanyak RM2.70.

Ezrin dalam rakaman videonya turut memberitahu ramai penumpang lain terkandas sejak tengah hari pada 23 Ogos lalu.Ezrin dalam rakaman videonya turut memberitahu ramai penumpang lain terkandas sejak tengah hari pada 23 Ogos lalu.

Sementara itu, pengguna komuter dari Rawang, Azuan Abd Rahman yang turut menjadi mangsa kelewatan tren memberitahu masalah tersebut terus berulang semalam sekaligus pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dilihat tidak mengambil tindakan ke atas rungutan pengguna sebelum ini.

“Tiada staf ditugaskan bantu pelanggan. Pelanggan disuruh tunggu macam orang bodoh. Paparan perjalanan dipadamkan.

“Mana Pengerusi KTMB merangkap Ahli Parlimen Umno? Bukankah Najib (Razak) kata sistem pengangkutan Malaysia ni maju sangat?” bidasnya.

{loadposition myposition}

Untuk rekod, Datuk Ir. Nawawi Ahmad menjadi Pengerusi KTMB berkuatkuasa 24 Februari 2014. Beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi pernah dilapor memberitahu ketepatan masa operasi komuter telah mencapai 98 peratus.

Ketua Umno Bahagian Langkawi itu juga berkata, KTMB masih menampung kerugian kira-kira RM60 juta walaupun menaikkan tambang pada 5 November 2015.

Mengulas lanjut bahana kelewatan tren, Azuan berkata, penumpang komuter yang turun di stesen Rawang pada malam tadi terpaksa pula menunggu ketibaan bas seterusnya akibat terlepas.

“Sekarang (malam tadi), bas dah terlepas. Selepas ini (bas tiba) lebih kurang pukul 9.30 atau 9.40 (malam).

“Mereka ini ada suami, anak. mahu masak. Bab inilah pengurusan bodoh KTMB tak tahu,” tempelaknya lagi sambil berkongsikan gambar menunjukkan beberapa pengguna komuter wanita terbabit yang sedang menunggu bas.

Beberapa wanita di Rawang terlepas bas akibat kelewatan tren komuter malam tadi.

Beberapa wanita di Rawang terlepas bas akibat kelewatan tren malam tadi.

CATEGORIES
TAGS