Malaysia Dateline

Empat jenis berlagak perlu dihindari – Nombor 2 mungkin ramai yang buat

Ada pelbagai ragam berlagak atau menunjuk-nunjuk yang perlu disedari dan paling penting dihindari. Individu yang gemar menonjolkan kelebihan diri sendiri memang tidak disukai orang lain.

Apa lagi dengan zaman gajet ini, sikap menunjuk-nunjuk bersepah menerusi perkongsian hantaran dan foto di media sosial.

Contohnya, memuat naik gambar berada di restoran mewah dengan hidangan lazat bersama kapsyen, “kena paksa datang sini”.

Tidak kurang juga ada yang berkongsikan gambar tangannya di stereng kereta mewah dengan menulis, “tak tahu nak ke mana hari ini”.

Apapun, cara terbaik mempromosikan diri adalah dengan menjauhi sifat berlagak dan menunjuk-nunjuk.

Usah jadikan perangai itu sebagai kebiasaan atau berbangga pula melakukannya. Kalau orang lain yang buat, perhati dan senyum sahaja.

Ikuti tulisan KAMARUL ARIFFIN NOR SADAN mengenai empat kategori berlagak dan menunjuk-nunjuk ini:

Di sosial media, salah satu aktiviti yang dilakukan oleh kita selain berdebat, adalah berlagak dan menunjuk-nunjuk. Ini saya kongsikan 4 cara berlagak yang boleh kita buat:

1. Bragging
Ini cara paling jujur untuk menunjuk-nunjuk. Kita tayang kelebihan atau kemewahan kita dengan niat nak berlagak pada orang. Contoh: kongsi gambar stereng Porsche dengan kapsyen “Alhamdulillah, dapat beli kereta idaman. Kau mampu?”

2. Humble-bragging
Cara menunjuk yang kononnya lebih berlapik. Merendahkan diri sambil tayang mewah. Contoh: kongsi gambar Bentley, kapsyen “Aku tak tahu macam mana orang boleh ada banyak kereta, aku nak bela satu kereta pun dah pokai.”

Sikap 8220merendah untuk meroket8221 dengan cara mengeluh atau merendahkan diri sendiri jika kerap dibuat dibenci orang sekeliling

3. One-upper
Sentiasa dakwa kita paling hebat atau paling teruk. Contoh: “Oh, ye ke? Aku dulu baru kerja sebulan dah boleh beli BMW,” atau “Zaman aku lagi teruk, gaji bawah RM1,000, tapi taklah merungut macam budak zaman sekarang.”

4. Degrading
Memperlekehkan orang lain untuk menonjolkan standard diri kita yang lebih tinggi. Contoh: “Kau orang tak malu ke naik Viva. Kalau aku, aku malu, ” atau “Kalau setakat suka Nescafe, tak payah mengaku peminat kopi. Kampung sangat.”

Hindari sikap menunjuk-nunjuk dan dalam masa sama jauhi rasa iri hati dengan kelebihan orang lain.

Tak kisahlah cara berlagak yang mana kalian suka guna, semuanya boleh membuatkan orang meluat dan menyampah pada kita. Cuma, yang terakhir tu akan buat orang jadi benci.

Maka, kita tak payahlah buat mana-mana cara sekalipun. Saya ajar cara berlagak dan menunjuk ni bukan nak suruh kalian buat, malah nak ajak kalian hindari benda-benda seperti ini.

Kita juga perlu jauhi rasa cemburu, iri, dan dengki. Kadang kala perasaan itu yang membuatkan kita rasa orang lain sedang menunjuk-nunjuk atau berlagak, walhal mereka tiada niat begitu.

Baca juga ‘Duit beli susu, pampers anak pun harap simpati kawan’ – Ini realiti poket marhaen, netizen kongsi cara elak dompet ‘kering-kontang’

Baca juga Pemuda ini ‘cuba’ jadi mayat, tiba-tiba tanah timbus dia