Empat j/k Bersih 2.0 akan dipanggil polis anjur himpunan tanpa permit bantah persempadanan

Empat j/k Bersih 2.0 akan dipanggil polis anjur himpunan tanpa permit bantah persempadanan

Empat jawatankuasa Bersih 2.0 akan dipanggil bagi membantu siasatan polis berkaitan himpunan tanpa permit membantah manipulasi dan penipuan persempadanan semula kawasan pilihana raya yang diadakan di hadapan bangunan Parlimen pada Rabu lalu.

Dalam satu kenyataan media Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, berkata, ASP Mohd Adnan telah datang ke pejabat Bersih 2.0 pada jam 10 pagi tadi bertemu Pengarah Eksekutifnya Yap Swee Seng  (gambar dua dari kanan) untuk merakam kenyataannya bagaimanapun beliau enggan berbuat demikian.

“Setelah memasuki Pejabat kami, Polis telah bertegas untuk merakam kenyataan Yap di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 berkait himpunan aman rakyat.

“Namun setelah berbincang dengan pihak polis, Sdr Yap dan pasukan peguam kami telah bersetuju untuk hadir ke IPD Dang Wangi untuk memberikan kerjasama yang sepenuhnya pada hari dan masa yang akan ditetapkan pada kemudian hari,” ujar kenyataan itu.

Polis turut memaklumkan bahawa Shahrul Aman(Pemangku Pengerusi BERSIH), Mandeep Singh Karpall (Pengerus BERSIH) dan Amir Abd Hadi (Penyelaras Suaram) akan turut disiasat dibawah akta yang sama.

Bagaimanpun dimaklumkan Yap membantah tindakan pihak polis yang tidak mengikut prosedur kerana tidak sebarang notis untuk merakam kenyataan mereka.

Himpunan Bersih 2.0 yang diadakan di hadapan bangunan parlimen pada Rabu lalu mengadakan protes membantah kelulusan berkaitan persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh SPR.

“Polis sepatutnya arif dalam hal ini kerana adalah jelas dibawah Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah, pihak polis harus memberikan notis ini.

“Sebarang intimidasi yang cuba dilakukan oleh pihak polis tidak akan menggugat fokus kita terhadap perjuangan melawan persempadanan semula yang tidak adil.

“Rakyat seharusnya menumpukan perhatian kepada perkara yang lebih besar dan penting iaitu peranan kita sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke 14 yang akan tiba. Penipuan mesti dikalahkan dan kita rakyat, mesti menang!

Rabu lalu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Shaharuddin Abdullah berkata pihaknya sudah mengenal pasti penganjur dan akan memanggil mereka dalam masa terdekat.

Kira-kira 200 hingga 300 orang dianggarkan menyertai protes di luar bangunan Parlimen pada Rabu lalu bagi membantah laporan persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Laporan itu diwartakan semalam, selepas diluluskan Dewan Rakyat, Rabu lalu, dengan sokongan 129 ahli Parlimen dan 80 lagi menolak usul itu.

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
Have no any user vote