Empat kawasan buat report polis isu fitnah MB Johor

Empat kawasan buat report polis  isu fitnah MB Johor
Parti AMANAH Kawasan Iskandar Puteri membuat lapiran polis.

Empat kawasan di Johor semalam membuat laporan polis berkenaan dengan sebuah ‘page’ facebook yang dikatakan memfitnah Menteri Besar (MB) Johor Dr Sahruddin Jamal terhadap isu ugutan kepada ketua-ketua kampung di Johor baru-baru ini.

‘Page’ itu didakwa telah mengeluarkan kenyataan yang berbaur fitnah membabitkan individu yang secara jelas adalah MB Johor.

Antara kawasan yang terlibat dalam laporan polis tersebut adalah kawasan Iskandar Puteri, Batu Pahat dan Johor Bahru yang diketuai oleh Parti AMANAH Negeri Johor manakala di kawasan Bandar Dato Onn laporan itu dibuat oleh individu biasa.

Taqiyuddin Che Man

Menurut Ketua Pemuda AMANAH Negeri Johor, Taqiuddin Cheman berkata perkara ini adalah suatu yang tidak bertanggungjawab oleh mereka yang dianggap musuh politik kepada MB Johor.

Beliau juga berkata tindakan ‘page’ tersebut yang menyatakan bahawa MB Johor mengugut Ketua Kampung adalah suatu kenyataan yang secara jelasnya menuduh MB Johor melakukan jenayah.

“Ugutan dalam perundangan adalah suatu perkara jenayah dan fitnah sebegini amat bahaya sehingga ia boleh mendatangkan mudarat kepada karier seorang pemimpin.

“Laporan polis ini dibuat berikutan kenyataan ‘page’ tersebut yang menuduh MB Johor (Dr Sahruddin Jamal) melakukan jenayah maka kami meminta agar pihak polis menyiasat akan perkara ini.

“Saya yakin akan ada laporan polis yang dibuat kerana perkara ini amat tidak bermoral. Kita sebagai rakyat di negara ini ingin menolak segala unsur fitnah yang mampu mengelirukan masyarakat atau rakyat di negeri ini khususnya,” ujarnya ketika dihubungi.

Individu yang membuat laporan polis tersebut turut menyatakan bahawa tindakan ‘page’ berkenaan berniat jahat menanam persepsi terhadap kerajaan negeri Johor.

Pakatan Harapan Johor Bahru turut membuat laporan polis.