Malaysia Dateline

Empat kawasan Parlimen di Perak ini jadi pilihan, ceramah perdana PH semarakkan semangat rakyat hadapi PRU15

Sebanyak empat kawasan Parlimen di Perak iaitu Tambun, Lumut, Tapah dan Parit Buntar jadi pilihan untuk siri jelajah HARAPAN dan ceramah perdana pimpinan utama Pakatan Harapan (PH) pada bulan depan.

Ketua Penerangan PH, Teo Nie Ching berkata, program tersebut demi merapatkan saf serta menyemarakkan semangat rakyat dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Dalam masa sama, menerusi kenyataan hari ini, beliau turut memberitahu Majlis Presiden PH yang bermesyuarat semalam telah memutuskan untuk mengadakan Konvensyen Pakatan HARAPAN di Perak pada 29 Oktober depan.

“Pengerusi DAP Perak YB Sdr Nga Kor Ming telah dilantik sebagai Pengarah Konvensyen Pakatan Harapan ini,” katanya lagi.

Jumlah pengundi baharu pada PRU15 mewakili 34 peratus iaitu 7.8 juta orang daripada keseluruhan pengundi.

PRU15 menjadi tumpuan lensa ekoran sejak PRU 2018, berlaku dua kali perubahan kerajaan dengan tiada mana-mana parti politik memperoleh kerusi dua pertiga di Dewan Rakyat.

Dalam masa sama, PRU15 juga menyaksikan buat pertama kali segmen pengundi 18 tahun atau Undi 18 memangkah calon di kertas undi.

Jumlah pengundi baharu pada PRU15 mewakili 34 peratus iaitu 7.8 juta orang daripada keseluruhan pengundi. Daripada jumlah itu, 3.8 juta mewakili golongan muda berusia 18 tahun.

Bagaimanapun, keputusan pembubaran Parlimen sama ada pada tahun ini atau tidak, setakat semalam, dilapor masih tidak disepakati anggota Kabinet.

Kalangan menteri dari Bersatu dan Pas, lapor Utusan Malaysia hari ini, menolak PRU15 dalam tempoh terdekat dengan alasan mahu kerajaan memberi tumpuan kepada pengurusan bencana banjir dan ekonomi.

Baca juga ‘Geng hobi mahal’ konvoi dekat jalan sempit, menyusahkan kenderaan lain nak potong

Baca juga Buat pembayaran palsu bernilai RM23 juta, dua beradik ditahan reman