Empat kementerian utama akan bincang pengambilalihan AES daripada LTAT

Empat kementerian utama akan bincang pengambilalihan AES daripada LTAT

Kerajaan telah bersetuju empat kementerian utama akan membincangkan lebih lanjut mengenai pengambilalihan projek Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) daripada dua syarikat konsesi yang akan berakhir pada 31 Ogos ini.

Selain Kementerian Pertahanan tiga lagi kementerian yang terbabit, Kementerian Pengangkutan,Kementerian Kewangan dan Jabatan Peguam Negara.

Menurut kenyataan dikeluarkan Kementerian Pertahanan hari ini, oleh kerana LTAT telah mengeluarkan sejumlah pelaburan dalam pelaksanaan AES tersebut kerajaan setuju perbincangan lanjut diteruskan membabitkan empat kementerian itu.

” Oleh kerana pencarum LTAT adalah daripada anggota tentera, Kementerian Pertahanan memberi jamonan bahawa kepentingan pencarum LTAT akan tetap terpelihara berikutan penamatan kontrak ini,” ujarnya kenyataan itu.

Ini susulan Kementerian Pertahanan mengambil maklum polimik dikalangan netizen mengenai kewajaran LTAT terlibat dalam projek AES dan saranan agar siasatan terperinci dijalankan.

“Kementerian Pertahanan sentiasa terbuka terhadap sebarang siasatan oleh pihak berkuasa sekiranya terdapat sebarang isu tadbir urus (governans) berkaitan pelaburan LTAT ini,” ujar kenyataan itu lagi.

Jemaah Menteri pada 14 Januari 2015 ketika dibawah Barisan Nasional (BN) telah bersetuju LTAT mengambil alih projek AESdaripada Syarikat Beta Tegap Sdn Bhd dan Ates Sdn Bhd.

Konsesi yang diuruskan LTAT ini telah berkuatkuasa pada 14 Januari 2015 dan akan berakhir pada 31 Ogos 2018.

Bagaimanapun Kerajaan Pakatan Harapan pada 17 Ogos 2018 telah memutuskan agar perjanjian konsesi AES yang dikendalikan LTAT ditamatkan mengikut tarikh luput kontrak.

Oleh itu pengoperasian, pembangunan, penyelenggaraan dan penguatkuasaan sistem AES akan diambil alih sepenuhnya oleh Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

 

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
Have no any user vote