Malaysia Dateline

Empat masjid diserang di Birmingham

Sekurang-kurangnya empat buah masjid di Birmingham telah diserang baru-baru ini.

Lapor Agensi, polis mengesahkan serangan itu berlaku antara malam Rabu dan awal pagi tadi, waktu tempatan.

Masjid di Jalan Witton, Jalan Birchfield dan Jalan Slade merupakan antara yang diserang.

Polis turut mengesahkan penyerang bertindak memecahkan tingkap masjid di jalan Birchfield dengan menggunakan tukul.

Tiada kecederaan di laporkan dan polis masih menyiasat motif serangan.