Empat parti komponen BN tubuh gabungan parti baharu GPS

Empat parti komponen BN tubuh gabungan parti baharu GPS

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) hari ini sebulat suara membentuk gabungan baharu parti yang berasaskan Sarawak dikenali sebagai Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Pengerusi BN Sarawak yang juga Presiden PBB, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika mengumumkan perkata tersebut berkata keempat-empat parti tersebut akan mewujudkan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“PBB, SUPP, PRS dan PDP telah sebulat suara membuat keputusan untuk meninggalkan BN dan membentuk gabungan baharu parti yang berasaskan Sarawak dikenali sebagai Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan secara mendalam dan mengambil kira perkembangan politik saat ini pasca Pilihan Raya Umum ke-14. GPS akan bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan demi kepentingan negara dan hak negeri dan hak berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan Persekutuan Malaysia,” katanya.

Abang Johari yang juga Ketua Menteri Sarawak berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat BN Sarawak di Ibu Pejabat PBB, Jalan Bako, Petra Jaya dekat Kuching di hari ini.

CATEGORIES
TAGS