Empat pegawai atasan SKMM letak jawatan berkuatkuasa 1 Julai

Empat pegawai atasan SKMM letak jawatan berkuatkuasa 1 Julai

Empat pegawai tinggi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), termasuk pengerusi dan ketua pegawai operasinya telah meletak jawatan, kata Gobind Singh Deo.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu mengesahkan mereka telah mengemukakan surat peletakan jawatan yang akan berkuatkuasa pada pada 1 Julai depan.

“Ya, saya dapat mengesahkan bahawa empat daripada mereka telah mengemukakan peletakan jawatan mereka,” kata Gobind kepada media pada sambutan rumah terbuka Hariraya kementerian itu di Dataran Gemilang di Putrajaya hari ini.

Beliau merujuk kepada pengerusi SKMM Halim Shafie dan COO Mazlan Ismail tanpa mendedahkan dua nama yang lain.

Gobind berkata beberapa calon untuk menggantikan kekosongan jawatan yang ditinggalkan itu akan dikenalpasti dan dinilai oleh kementeriannya.

“Saya akan melihat enarai calon dan kami akan mengumumkan penggantian tidak lama lagi,” katanya.

Sebelum ini Ahli Parlimen Puchong itu pernah menyatakan ketidakpuasannya dengan SKMM atas ketidakcekapan kementerian itu dalam menangani beberapa kes pelanggaran data.

Mengenai kemungkinan penggabungan dua entiti media di bawah kawalan kementerian itu, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Agensi Berita Kebangsaan Malaysia (Bernama), Gobind berkata satu jawatankuasa sedang ditubuhkan untuk melihat perkara itu dan ia jika dilakukan adalah usaha untuk mengurangkan kos operasi.

0.0
OVERALL SCORE
Have no any user vote