Enam bekas pimpinan Pas Perak terima sijil keahlian AMANAH

Enam bekas pimpinan Pas Perak terima sijil keahlian AMANAH

Enam bekas pimpinan Pas Perak dari pelbagai peringkat pagi ini menerima sijil keahlian AMANAH daripada Naib Presiden parti, Datuk Mahfuz Omar.

Penyertaan mereka dalam parti yang berusia tiga tahun itu diraikan dalam Konvensyen AMANAH Perak di Hotel Casuarina @ Meru, Bandar Meru Jaya, Ipoh hari ini.

Bekas Yang Dipertua Pas Kawasan Bagan Datuk, Kapten (Bersara) Mohamad Aris Bakri antara enam pimpinan Pas yang menerima sijil keahlian AMANAH hari ini.

Kesemua mereka menyertai AMANAH selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) Mei lalu.

Senarai keenam-enam bekas pimpinan Pas Perak terbabit adalah seperti berikut:

1. Muhammad K.Y. Tiang Abdullah – Bekas Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan Pas Negeri Perak sesi 2017-2019;

2. Sum Cheok Leng – Bekas Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Negeri Perak sesi 2018 juga bekas Adun DAP Bercham 2008-2013;

Bekas AJK Badan Perhubungan Pas Perak, Muhammad K.Y Tiang Abdullah menyertai AMANAH selepas PRU-14.

3. Ustaz Uzair Abd Aziz – bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak Pas Negeri Perak sesi 2008-2013;

4. Haji Md Daud Jaafar – bekas Yang Dipertua Pas Kawasan Ipoh Barat;

5. Kapten (Bersara) Mohamad Aris Bakri – bekas Yang Dipertua Pas Kawasan Bagan Datuk sesi 2003-2011; dan

6. Azmi Mohamed Nizar – Bekas Setiausaha Pas Kawasan Ipoh Barat.