Enam lagi Ahli Parlimen Umno mengisytiharkan keluar parti hari ini dalam sepucuk surat yang dihantar kepada Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa.
Surat yang ditandatangani oleh enam ahli Parlimen tersebut ialah Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut), Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah) dan Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam).
Tiga lagi ahli Parlimen adalah Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu) Datuk Seri Dr Abdul Latiff Ahmad (Mersing) dan Datuk Shahbudin Yahya (Tasik Gelugor).
Menurut sumber, surat yang memaklumkan kepada Umno bahawa kesemua mereka keluar parti berkuat kuasa 14 Disember, Jumaat, dihantar pada pukul 3.50 petang tadi.