Enam lagi kerusi di Selangor dalam rundingan, kata Dr Xavier

Enam lagi kerusi di Selangor dalam rundingan, kata Dr Xavier

Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya PH Selangor, Dr. Xavier Jayakumar mendedahkan enam kerusi di Selangor masih dalam rundingan kerana menjadi  pilihan oleh empat  rakan komponen dalam Pakatan Harapan.

“Sangkut enam kerusi lebih baik daripada sangkut 20 kerusi jadi lebih senang untuk kita selesaikan. Enam kerusi ini diminta oleh semua parti.

“Semua parti kata boleh menang di kerusi-kerusi itu. Jadi kita kena rundinglah,” katanya kepada media ketika ditemui selesai pelancaran Manifesto Pakatan Harapan semalam seperti dilaporkan MG.

Baru-baru ini dilaporkan PH Selangor masih belum dapat menyelesaikan tuntutan bertindih bagi enam kerusi negeri walapun selesai rundingan rasmi ketiga semalam.

Kerusi-kerusi tersebut adalah Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Burong,Sungai Panjang,Seri Serdang,Lembah Jaya,Kota Damansara dan Dusun Tua.

Bagaimanapun, memetik sumber mendedahkan sebagai berkata bahawa berlaku perebutan di antara PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di semua kerusi itu, AMANAH menuntut lima manakala DAP mahu dua daripadanya.

Xavier yang juga Naib Presiden PKR dalam pada itu menafikannya.

Seterusnya beliau menjangkakan rundingan keenam-enam kerusi itu akan selesai sebelum pembubaran Parlimen.

COMMENTS

Wordpress (0)