Malaysia Dateline

Enam negeri dijangka terima hujan lebat berterusan hingga malam ini

Tahap buruk iaitu hujan lebat berterusan dijangka berlaku di Mersing, Johor dan Rompin, Pahang, Johor sehingga tengah malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan tahap waspada iaitu hujan berterusan mungkin berlaku di Kemaman, Terengganu; Melaka; sebahagian Negeri Sembilan; Johor serta Maran, Kuantan, Bera dan Pekan di Pahang.

Turun diramalkan menerima hujan berterusan di Sabah iaitu sekitar Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan dan Kudat.

Kategori buruk dan waspada sehingga tengah malam ini ekoran masih terdapat luruan angin monsun bertiup ke rantau negara, yang boleh menyebabkan keadaan cuaca lembab di sekitar Pantai Timur dan selatan Semenanjung serta utara Sabah, selain angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan negara.

Dalam perkembangan sama, MetMalaysia melanjutkan amaran angin kencang dan laut bergelora tahap pertama di kawasan perairan negara sehingga Khamis ini.

Amaran itu membabitkan kawasan perairan di negeri Pantai Timur serta bahagian timur Johor.

Amaran angin kencang dan laut bergelora peringkat pertama boleh menyebabkan ketinggian ombak mencecah sehingga 3.5 meter di kawasan perairan berkenaan, yang berbahaya kepada bot kecil, sukan dan rekreasi laut.