Malaysia Dateline

Enam soalan kepada ‘parti cap agama’

Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH, Ustaz Zolkharnain Abidin hari ini mengemukakan enam soalan untuk dijawab oleh parti yang mendakwa memperjuangkan Islam.

Tanpa menyebut nama parti terbabit, kesemua persoalan tersebut dilihat ditujukan kepada penyokong Pas yang kini sebahagian gabungan parti kerajaan.

Lontaran soalan itu susulan dakwaan penyokong parti tersebut kononnya mereka dimusuhi kerana memperjuangkan Islam.

“Lebai jawab silakan. Tak nak jawab pun tak pa…!” bidasnya mengakhiri soalan-soalannya.

Berikut enam persoalan dikemukakan Ustaz Zolkharnain:

1. Adakah bermusuh dengan parti cap agama dikira bermusuh dengan Islam?

2. Jika ada pihak lain yang juga berjuang Islam, tapi bermusuh dengan parti cap agama, siapa sebenarnya yang berjuang Islam?

3. Jika parti cap agama yang bermusuh dengan pihak lain, adakah parti cap agama dikira berjuang Islam?

4. Adakah berjuang Islam namanya jika bersekongkol dengan perosak negara?

5. Jika betul parti cap agama berjuang Islam, kenapa pemimpinnya jual agama dan berbohong?

6. Jika parti cap agama berjuang Islam, kenapa negeri yang diperintah parti cap agama tak maju?