Enam tonggak RMK11 satu halatuju lebih jelas lonjak pencapaian negara, kata Muhyiddin

Enam tonggak RMK11 satu halatuju lebih jelas lonjak pencapaian negara, kata Muhyiddin

Pembentangan Kajian Separuh Penggal RMK-11, Malaysia mempunyai satu halatuju dasar yang lebih jelas untuk melonjakkan pencapaian negara  dalam pelbagai bidang, kata, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menteri Dalam Negeri itu berkata, beliau berharap pemain industri, majikan, pekerja dan seluruh rakyat Malaysia memberikan sepenuh dokongan terhadap dasar dan hala tuju baharu kerajaan untuk mengembalikan kegemilangan Malaysia.

“Saya yakin dengan komitmen kerajaan untuk mereformasi tadbirurus negara, mewujudkan pembangunan yang inklusif, menekankan pembangunan wilayah yang seimbang, memperkasa modal insan, memelihara alam sekitar dan memacu pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat, kita akan berjaya memulihkan ekonomi negara dengan segera dan mewujudkan masyarakat yang lebih sejahtera,” ujarnya.

Presiden Bersatu yang juga Ahli Parlimen Pagoh ini turut mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Kajian Separuh Penggal RMK11 yang berpaksikan 6 teras utama bakal memacu negara, ke tahap kejayaan yang lebih tinggi menjelang tahun 2020.

Tun Dr Mahathir ujarnyanya lagi,sekali lagi mengulangi komitmen kerajaan untuk mewujudkan tadbir urus negara yang baik dengan memberikan fokus utama kepada usaha meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti kerajaan serta memerangi rasuah, salah guna kuasa dan ketirisan dalam perbelanjaan awam.

“Dengan prinsip-prinsip tadbirurus yang baik diikuti reformasi institusi yang menyeluruh, saya percaya negara kita akan berjaya memacu pembangunan sosio-ekonomi yang lebih adil, inklusif dan mapan.” ujarnya.

Semalam Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membentangkan Kajian Separuh Penggal RMK11 di Parlimen.

Pembentangan Kajian Separuh Penggal RMK11 2016-2020 yang turut disiarkan secara langsung menerusi beberapa stesen televisyen dan radio tempatan itu dibuat di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Yusof.

Kajian pelan pembangunan itu akan mengandungi pelaksanaan dasar baharu serta dasar sedia ada yang ditambah baik dengan tumpuan utama dijangka menjurus kepada pembangunan infrastruktur untuk kemudahan rakyat.

RMK11 yang masih berbaki kira-kia dua tahun merupakan rancangan pembangunan lima tahun (2016-2020) terakhir ke arah merealisasikan matlamat Wawasan 2020.

Ia pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia kali pertama kerajaan baharu Pakatan Harapan sejak mengambil alih tampuk pentadbiran negara susulan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lalu, mengakhiri dominasi lebih 60 tahun Barisan Nasional.