Enggan mohon maaf SPRM akan bertindak terhadap Guan Eng

Enggan mohon maaf SPRM akan bertindak terhadap Guan Eng

Suruhanjaya Penegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan dipetik berkata pengurusan tertinggi agensi itu sudah membuat keputusan sebulat suara untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Menteri Pulau PInang Lim Guan Eng.

Sehubungan itu,SPRM akan mengemukakan keputusan yang dibuat kepada Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali untuk tindakan lanjut.

“Ingin juga ditegaskan, SPRM menghormati hak serta kebebasan mana-mana pihak untuk mengkritik tetapi tidak akan sama sekali bertolak ansur jika mereka didapati mengeluarkankenyataan fitnah khususnya berhubung siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM dengan tujuan mencemarkan serta menjejaskan imej dan reputasi SPRM.

“SPRM tidak mempunyai kepentingan dalam mana-mana siasatan dan akan menyiasat setiap kes tanpa mengambil kira jawatan, ideologi politik dan kedudukan individu yang disiasat itu,” kata kenyataan itu.

{loadposition myposition} Pada 28 Ogos Ketua Persuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad memberi tempoh 48 jam kepada Guan Eng agar memohon maaf secara terbuka kerana buat dakwaan SPRM buat penahanan haram keatas Phee.

Ketua Menteri itu didakwa membuat tuduhan itu dalam sidang akhbar di pejabatnya di Komtar,Georgetown pada 24 Ogos lalu.

SPRM telah mendapat pengesahan mengenai dakwaan Guan Eng itu setelah meneliti audio dan video sidang akhbar itu.

Exco itu ditahan SPRM pada 11 Ogos lalu untuk siasatan kerana menulis surat yang menggesa Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) supaya tidak bertindak terhadap sebuah kilang penapis karbon yang beroperasi secara tidak sah.

CATEGORIES
TAGS