Malaysia Dateline

Erdogan dan isteri positif Omicron

Agensi Anadolu (AA) melaporkan pada semalam bahawa Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan isterinya Emine Erdogan didapati positif varian Omicron Covid-19.

Beliau bagaimanapun memaklumkan mereka suami isteri tidak mengalami sebarang gejala serius setakat ini.

“Keputusan ujian Covid-19 yang saya lakukan bersama isteri, selepas mengalami gejala ringan hari ini, adalah positif.

“Syukurlah, kami hanya mengalami gejala ringan,” ciapnya di Twitter, sambil menambah mereka akan bekerja dari rumah.

“Semoga, kami sembuh dari penyakit ini secepat mungkin. Kami mengharapkan doa anda,” kata isterinya dalam ciapan berasingan.

Turki merekodkan kira-kira 12 juta kes Covid-19 dan hampir 90,000 kes kematian sejak permulaan pandemik itu