Erdogan menang pilihan raya presiden pertama Turki

Presiden Erdogan mendapat 52.5% undi dari 98.7% undi yang dikira setakat ini manakala Saadet hanya mendapat 0.9% undi.

Pengerusi AKP, Reccip Tayyib Erdogan memenangi pilihan raya presiden Turki yang pertama semalam apabila mendapat undi lebih 50% majoriti berbanding dengan calon-calon yang lain.

Menurut angka tidak rasmi itu, Presiden Erdogan mendapat 52.5% undi dari 98.7% undi yang dikira setakat ini.

Ia diikuti oleh pemimpin MHP, Muharrem Ince yang mendapat 30.7%, Selahattin Demirtas dari HDP (8.3%), Meral Aksener dari CHP (7.4%), Temel Karamollaoglu dari Saadet (0.9%) dan Dogu Peincek dari IYI (0.2%).

Ia adalah kemenangan bersejarah Erdogan kerana ia adalah pilihan raya pemilihan presiden pertama secara langsung oleh rakyat Turki.

Hampir 90% rakyat Turki membuang undi dalam sistem pilihan raya secara presiden secara langsung berbanding sistem parlimen sebelum ini

“Rakyat telah memberi kami kuasa eksekutif dan legislatif,” kata Erdogan dalam sidang media pertama beliau selepas keputusan itu di Istanbul semalam.

Erdogan menang di dua dari tiga wilayah utama Turki iaitu Istanbul dan Ankara manakala lawannya Parti Republik Rakyat (CHP) menang di Izmir.

 

 

 

8.5
OVERALL SCORE
: 7.0
1 user vote x 10.0