Erdogan seru rakyat Turki bersatu hadapi serangan ekonomi

Erdogan seru rakyat Turki bersatu hadapi serangan ekonomi

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berkata, komitmen dan keazaman rakyat Turki adalah senjata paling ampuh bagi menghadapi serangan ekonomi terhadap negara itu.

Nilai Lira Turki jatuh sekitar 40 peratus tahun ini disebabkan pelabur bimbang mengenai penguasaan presiden ke atas polisi kewangan dan meningkatnya perbalahan dengan Amerika Syarikat yang menekan mata wang negara tersebut, lapor Al Jazeera.

Semalam, Erdogan berkata, kesatuan rakyat Turki bagi menghadapi serangan terhadap kebebasan ekonomi dan politik negara itu akan menjelma.

“Dalam kita menangani serangan terhadap ekonomi Turki hari ini, jaminan terbesar kita adalah komitmen dan keazaman setiap orang kita untuk mempertahankan dan menjunjung kebebasan, negara dan masa depan,” kata Erdogan.

Presiden Turki itu menyifatkan penyusutan nilai Lira sebagai “perang ekonomi” dan menuduh AS mensasarkan Turki berhubung nasib pendakwah Andrew Brunson, seorang warga AS yang dibicarakan di Turki atas tuduhan “keganasan” yang beliau nafikan.

Mahkamah Turki minggu lalu menolak rayuan Brunson supaya dibebaskan sekali gus mendapat kecaman keras daripada Presiden Donald Trump.

Erdogan yang menyifatkan krisis matawang itu sama seperti serangan terhadap bendera Turki atau seruan azan itu berulang kali meminta rakyat Turki menukar emas dan dolar milik mereka kepada Lira bagi membantu memulihkan ekonomi.

Beliau yakin krisis berkenaan akan dapat diatasi.

6.7
OVERALL SCORE
2 user votes x 10.0
CATEGORIES