Malaysia Dateline

Erdogan ucap tahniah kepada Raisi yang menangi pemilihan Presiden Iran

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengucapkan tahniah kepada Ibrahim Raisi atas kemenangannya dalam pemilihan presiden Iran, dan menyatakan kepercayaannya untuk memperkuat kerjasama antara kedua-dua negara yang kini memimpin dunia Islam itu.

“Ketika saya menyatakan kepercayaan saya untuk memperkuat kerjasama antara kedua negara, saya lebih bersedia untuk bekerjasama dengan anda,” tulis Erdogan dalam surat kepada Presiden baru Iran, Sayyid Ibrahim Ra’isi.

Beliau menambah bahwa dia tidak sabar untuk mengunjungi Iran setelah berakhirnya wabak Covid-19.

Raisi menang dengan jumlah majoriti yang sangat ketara berbanding calon-calon yang lain.

Sejak beberapa minggu yang lalu, para peneliti di seluruh dunia sedang mengamati pilihanraya Presiden Iran yang ke-13 itu.

Pertembungan antara Sayyid Ibrahim Ra’isi, Saed Jalili, Mohsein Rezaei, Abdol Naser, Amir Hossein Ghazizadeh dan beberapa orang lain lagi sudah sampai kemuncak apabila 59 juta rakyat Iran telah keluar mengundi sejak kelmarin hingga semalam.

Sayyid Ibrahim Ra’isi dikatakan mempunyai ciri-ciri visi serta misi seperti pemimpin tertinggi Iran, Sayyid Ali Husseini Khamenei.

Sedikit biodata mengenai Sayyid Ibrahim Ra’isi Sadati di lahirkan pada 14 Disember 1960, yang lebih dikenali sebagai Ibrahim Raisi adalah seorang ahli politik konservatif dan prinsipal Iran, ahli hukum Islam dan Ketua Hakim Iran saat ini.

Beliau telah dilantik pada 7 Mac 2019 oleh Pemimpin Tertinggi Republik Islam Iran, Ayatullah Ali Khamenei.

Sayyid Ibrahim Ra’isi pernah memegang beberapa jawatan tinggi dalam sistem kehakiman Iran, seperti Peguam Negara (2014-2016), dan Wakil Ketua Hakim (2004–2014).

Dia juga merupakan Pendakwa dan Timbalan Pendakwa Tehran pada tahun 1980-an dan 1990-an. Dia pernah menjawat Ketua Astan Quds Razavi, dari tahun 2016 hingga 2019.

Beliau juga merupakan anggota Ahli Majlis Daerah Khorasan Selatan, telah terpilih untuk pertama kalinya pada pilihan raya 2006.

Dia adalah menantu pemimpin solat Jumaat dan Imam Besar Masjid Imam Ali Ar-Ridha, Ahmad Alamolhoda.