Erdogan ziarah Anwar di hospital

Erdogan ziarah Anwar di hospital

Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang berada di Turki, telah menjalani pembedahan tulang belakang dan dijangka menjalani pembedahan lain di bahu kanannya, telah dikunjungi  Presiden Turki Reccep Erdogan dan ister, di Istanbul semalam.

Dalam siaran Facebook yang dimuat naik, , Anwar berkata beliau memutuskan untuk meneruskan pembedahan itu sebagai “usaha pemulihan” untuk keadaannya.

Beliau kini sedang dirawat di sebuah hospital Medipol Mega University Hospital, Istanbul, berkata, dalam sesi pemulihan pasca-pembedahan itu, beliau tela dikunjungi Presiden Reccep Tayyip Erdogan dan isterinya.

“Kunjungan mereka amat saya hargai meski waktu mereka terbatas dek kesibukan mengurus kemenangan pilihanraya.

“Saya menitip salam dan ucap tahniah dari Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong serta Tun Dr Mahathir berikutan kemenangan bergaya AK Parti dalam Pilihanraya Turki 24 Jun yang lepas.
“Pastinya kemenangan tersebut akan terus memberi nilai tambah kepada suburnya demokrasi dalam dunia Islam kontemporari.

“Di kesempatan yang tersisa, saya turut memanjangkan mesej akan hasrat Malaysia untuk memperkukuh kerjasama antara Malaysia-Turki,” ujarnya dalam kenyataan itu.

Respon balas Presiden Erdogan nyata positif, kata Anwar,   mudah-mudahan persahabatan erat ini dapat terus terjalin dan diperkukuh,

9.0
OVERALL SCORE
: 8.0
1 user vote x 10.0