EU gesa Iran hentikan usaha rencatkan perjanjian nuklear

EU gesa Iran hentikan usaha rencatkan perjanjian nuklear

Kesatuan Eropah (European Union – EU) menggesa supaya Iran menghentikan sebarang usaha yang akan merencatkan perjanjian nuklear yang dipersetujui pada tahun 2015, lapor Reuters.

EU turut menyatakan bahawa ia bersedia untuk membentuk jawatankuasa bersama untuk melihat isu tersebut.

“Kami (EU) mengikuti dengan rapat pengumuman yang dilakukan oleh Iran yang menyatakan bahawa ia akan melakukan usaha ‘uranium enrichment’ melebihi had 3.67 peratus,” jelas Maja Kocijancic, jurucakap bagi Federica Mogherini, Ketua Hal Ehwal Luar Negeri EU di dalam satu kenyataan.

“Kami (EU) menggesa dengan tegas kepada Iran untuk menghentikan segala aktiviti yang tidak selari dengan perkara-perkara yang telah dipersetujui.. Kami juga sedang berhubung dengan pihak (Joint Comprehensive Plan of Action – JCPoA) untuk meneliti tindakan seterusnya dalam menangani isu ini.

Untuk rekod, JCPoA adalah perjanjian diantara Iran dan beberapa negara besar seperti China, Perancis, Jerman, Russia, UK dan AS.