Malaysia Dateline

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Exco diganti jika kerja tidak memuaskan, titah Sultan Ibrahim

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (gambar) memberi amaran kepada ahli Exco kerajaan negeri yang gagal menjalankan tugas dengan memuaskan bakal berdepan tindakan, termasuk digantikan.

Baginda bertitah, sebagai pemerintah dan ketua negeri, baginda juga diberikan hak serta kuasa dalam Perlembagaan negeri untuk melantik Menteri Besar dan ahli Exco dalam kalangan wakil rakyat yang dipilih.

Baginda menegaskan, walaupun barisan kepemimpinan negeri telah bertukar, namun tugas dan tanggungjawab membangunkan Johor untuk rakyat mesti kekal menjadi agenda utama kerajaan.

“Sebagai orang yang melantik, saya juga bertanggungjawab untuk memantau dan memastikan orang yang saya lantik itu benar-benar menjalankan tugas dengan baik, jujur dan amanah demi kepentingan kerajaan serta rakyat negeri Johor.

“Jika ada ahli Exco yang gagal menjalankan tugas dengan memuaskan, maka saya akan berbincang dengan Menteri Besar untuk mengambil tindakan sewajarnya termasuk menggantikan dengan ahli Exco yang baharu,” titah baginda dalam Majlis Istiadat Sambutan Ulang Tahun Hari Kepute­raan Baginda Ke-60 di Dewan Singgahsana Istana Besar Johor Bahru,semalam lapor bhonline.