Exco mahu jadikan Johor pusat filem antarabangsa

Exco mahu jadikan Johor pusat filem antarabangsa

Melihat tuntutan dari orang ramai, Exco Pembangunan Keusahawanan, Koperasi, Ekonomi Kreatif dan Penerangan telah memikirkan untuk menjadikan negeri Johor sebagai pusat filem antarabangsa.

Idea ini tercetus apabila lawatan exco Syeikh Umar Bagharib Ali membuat lawatan ke Pinewood Iskandar Malaysia Studios yang menyaksikan kepada beliau keupayaan studio tersebut.

Menurut Syeikh Umar lagi, idea atau cadangan yang telah difikirkan adalah dengan mengajak pembabitan pakar-pakar dari luar negara untuk sama-sama menjayakan visi berkenaan.

“Sebenarnya terdapat pelbagai kemudahan yang ada di studio ini terutamanya dari segi infrastruktur yang bersesuaian dengan penggambaran filem yang bertaraf dunia.

“Sebelum ini Pinewood Studios telah pun mampu menganjurkan pertandingan ‘Asia Got Talent’ dan rakaman bagi sebuah drama bersiri ‘Netflix TV Series – Marco Polo’.

“Ini adalah cerminan kemampuan studio yang berada di negeri Johor ini sebagai lokasi yang sesuai untuk penggambaraan bertaraf antarabangsa,” jelas beliau.

Syeikh Umar Bagharib Ali (kanan) mendengar penerangan dari pihak pegawai Pinewood Studio.

Selain itu juga, Syeikh Umar menjelaskan, pembabitan tenaga pakar dari luar ini akan membawa kesan yang positif terhadap industri filem di tanah air.

“Kita akan gabungkan tenaga di negara ini bersama-sama dalam menjayakan matlamat mengangkat martabat perfileman negara ke satu lagi persada di mata dunia.

“Selain itu, kualiti jalan cerita dan kesan khas turut akan dipertingkatkan sesuai dengan pasaran antarabangsa untuk perfileman di Malaysia ini,” ujarnya.

Beliau turut mengalu-alukan pakar atau penggiat seni di tanah air negara ini untuk sama-sama menjayakan matlamat ini bagi membawa nama negara ke persada antarabangsa dalam bidang perfileman.

CATEGORIES
TAGS