Malaysia Dateline

“Exco Perlis tolong tengok jalan dah setahun rosak”

Exco Kemajuan Luar Bandar negeri Perlis diminta supaya segera turun padang membantu menyelesaikan masalah jalan yang rosak teruk di kampung belukar lenga, Chuping dengan segera kerana ia menimbulkan kesukaran kepada lebih dua ratus penduduk yang sering melalui kawasan tersebut.

Demikian saranan yang dibuat oleh Ketua PKR Cabang Padang Besar, Amran Kamarudin.

Jalan rosak menimbulkan kesukaran kepada lebih dua ratus penduduk yang sering melalui kawasan tersebut.

Jelasnya lagi, perkara ini telah menimbulkan masalah yang besar khususnya pada waktu malam serta ketika hujan turun dimana air akan bertakung dan amat merbahaya kepada penduduk kampung yang menggunakan laluan yang berlubang tersebut.

“Perkara ini telah berlarutan sejak setahun yang lalu dan memberi kesan yang amat besar kepada penduduk khususnya bagi mereka yang menjadikan laluan ini sebagai laluan utama untuk keluar masuk ke kawasan terbabit.

” Beberapa aduan telah pun dibuat penduduk sebelum ini kepada agensi kerajaan terlibat dan juga jawatakuasa kemajuan dan keselamatan kampung bagi mendapat sokongan supaya jalan yang berlubang tersebut dapat dibaiki dengan segera. Namun sehingga kini ianya belum dapat diatasi.

” Sejajar dengan itu adalah diharapkan jalan yang telah berlubang tersebut dapat diturap dan dibaiki dengan segera kerana ia banyak membantu penduduk kawasan terlibat untuk berulang alik lebih-lebih lagi majoriti dari mereka adalah golongan miskin yang memerlukan bantuan dan dokongan, ” tegasnya lagi.

Dun Chuping merupakan kawasan yang diwakili oleh Adun Umno yang juga merupakan Exco Kemajuan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan negeri Perlis.