Ezam timbul kembali, dakwa tahan Rafizi tindakan terkebelakang

Ezam timbul kembali, dakwa tahan Rafizi tindakan terkebelakang

Bekas pegawai kanan Datuk Seri Najib Razak, Ezam Mohd Nor menyifatkan penahanan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) sebagai satu tindakan kebelakang.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

 

Bekas pegawai kanan Datuk Seri Najib Razak, Ezam Mohd Nor menyifatkan penahanan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) sebagai satu tindakan kebelakang.

“Menahan Rafizi atau sesiapapun di bawah OSA adalah tindakan yang salah dan langkah kebelakang.

“Saya sudah tegaskan berkali-kali, baca hujahan penghakiman hakim KN Segara pada tahun 2003 yang membebaskan saya setelah 2 tahun  ditahan..penahanan itu diputuskan salah,” kata Ezam, bekas Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan yang menterinya adalah Datuk Seri Najib Razak.

Sebelum menyertai Najib, Ezam adalah Ketua Pemuda PKR yang meninggalkan parti itu selepas berbeza pendapat dengan beberapa pemimpin lain.

Ezam yang kini bertugas di Hisbah Centre for Reform, Jakara berkata, banyak ruang pencabulan hak membongkar rasuah dalam kes itu.

“Penahanan OSA mesti atas asas keselamatan negara semata-mata bukan atas alasan lain,” kata Ezam dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam itu.

Ezam telah berhenti dari berkhidmat dengan Najib ekoran pertelingkahannya dengan beberapa pegawai lain dan Najib sendiri dan pergi bertugas di Jakarta sejak beberapa bulan lalu.

Ezam adalah Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri.

Apabila Anwar dipecat, beliau bersama-sama Anwar dan memimpin Parti Keadilan Nasional (PKN).

Namun beliau bertembung dengan seorang lagi pembantu Anwar, Mohamad Azmin Ali (kini Menteri Besar Selangor) dan meninggalkan parti itu.

TAGS