Malaysia Dateline

‘FaceApp’ untuk suka-suka tapi ia boleh buka jalan lebih buruk

Warga media sosial hari ini teruja menggunakan ‘FaceApp’ iaitu aplikasi gambar menukar jantina dan masing-masing seronok berkongsi di laman sosial.

Pendakwah Dr Zaharuddin Abd Rahman hari ini menasihati warga madia sosial agar menjauhi perbuatan itu walaupun untuk suka-suka kerana ia boleh membuka jalan yang lebih buruk.

Antaranya, kata beliau, bimbang menimbulkan rasa keinginan menjadi jantina berbeza yang diharamkan dengan sangat jelas, khususnya apabila dipuji oleh yang melihatnya.

Malah katanya, perbuatan itu juga, membuka ruang salah guna gambar terbabit untuk aktiviti penyamaran identiti dan penipuan.

“Membuka ruang cyber bully mengutuk yang boleh mendatangkan kemurungan yang tidak perlu,” katanya.

Apatah lagi katanya, dibimbangi datang rasa, ketakjuban dengan gambar palsu terbabit dan terdetik dalam hati akan kecantikan diri, yang mama ia boleh mendatangkan penyakit ‘ain serta merasa cantik diri dengan penampilan yang salah.

Jelasnya, ia memounyai elemen ‘familirisasi’ atau membiasakan budaya salah penukaran jantina di alam nyata, seolah ia pekara menarik dan trending serta tidak memalukan.

“Atas pertimbangan yang disebut di atas serta lain-lain, kaedah sadd az-zarai’ atau menutup peluang kemudaratan terhasil darinya, maka tegahan adalah sangat wajar dalam konteks ini.

“Selain itu, perbuatan tersebut juga tidak membawa sebarang faedah bagi menjustifikasikan atau mempertahankannya,” kata beliau.