Malaysia Dateline

Fadillah sampaikan sumbangan kepada AJK Masjid Semop

Masjid Darul Al-Amin di Kampung Semop yang terbakar pada 11 Ogos lalu telah menerima sumbangan daripada Fadillah Sabali.

Menurut Penyelaras Khidmat Masyarakat Fadillah Sabali (KMFS) Bolhassan Jol, penyerahan sumbangan berkenaan telah sampaikan oleh Fadillah sendiri kepada salah seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid berkenaan hari ini.

Katanya, walaupun nilai sumbangan tersebut adalah kecil tetapi ia adalah bagi meringankan pihak AJK untuk menguruskan masjid buat sementara.

“Alhamdulillah…keadaan rumah ibadat sementara ini kelihatan agak selesa atas keprihatinan para penyumbang yang segera menyampaikan bantuan kewangan dan peralatan demi untuk penduduk kampung menggunakan masjid terbabit.

“Bersama itu juga, KMFS bersama-sama pihak jawatankuasa masjid merancang untuk mengadakan aktiviti seperti pengajian al-quran, kursus fardu ain dan fardu kifayah serta program pembinaan insan dalam masa terdekat nanti, ‘ ujar beliau.

Sementara itu, Bolhassan juga memaklumkan KMFS telah menyediakan perpustakaan mini yang kenali sebagai Rumah Kecil [email protected] Oren di Kampung Pangtray Daro, Mukah.

Katanya, perpustakaan mini itu terbuka kepada penduduk kampung di sekitar kampung khususnya untuk anak-anak yang meminati buku-buku berbentuk komik.

“Walaupun yang disediakan buat masa ini hanyalah komik, namun ia sebagai usaha permulaan bagi memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak kampung.

” Bahan bacaan akan sentiasa ditambah dari semasa ke semasa secara bertahap sesuai dengan sambutan yang diterima.

” Adalah menjadi salah satu impian KMFS pada masa depan untuk bersama-sama menyertai masyarakat di sekeliling dalam program kebajikan dan melatih kemahiran pemikiran aras tinggi di luar sekolah demi bagi generasi akan datang,” katanya.