Fadzil Noor tidak pernah bekal oksigen kepada Umno

Fadzil Noor tidak pernah bekal oksigen kepada Umno
Mohamed Hanipa Maidin

Ahli Jawatankuasa Pusat Parti AMANAH Negara (AMANAH) membidas kenyataan dibuat oleh Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Dr Riduan Mohamad Nor yang mendakwa Allahyarham Fadil Noor pernah duduk sepentas dengan Presiden Umno dalam berhiwar tentang isu Palestin di Dewan Bahasa dan Pustaka ketika hayatnya dalam Pas.

Mohamed Hanipa Maidin berkata, penulisan yang menceritakan tentang latar belakang dan perkembangan poitik allahyarham sebagai pemimpin Pas itu hanya ‘propaganda murahan’ penulis.

Ini kerana Dr Riduan mendakwa AMANAH ditubuhkan oleh DAP di awal perenggan penulisan tersebut dan tidak layak untuk membicarakan mengenai sejarah atua mengenang Allahyarham ustaz Fadzil kerana dianggap tokoh dalam Pas.

“Bila saya baca kenyataan ini, saya amat kesian pada penulisnya. Lagi kesian pada ahli-ahli bawahan parti ehem yang mungkin termakan ‘propaganda murahan’ penulis.

“Pertama , kesilapan fakta yang ketara. Jika nak tuduh parti Amanah Negara sebagai parti serpihan parti ehem bolehlah tapi bila tuduh kata parti AMANAH ditubuhkan oleh DAP, ia bukan sahaja jelas tak betul tapi jelas tuduhan dari orang yang macam tak waras dan tak lurus kepala otaknya.

“Kedua, sejak bila pula Almarhum Ustaz Fadzil Noor milik monopoli parti ehem sampai bila ada orang lain nak memperingati tokoh tersebut seolah-olah ianya jadi satu kesalahan besar?,” soalnya dalam kenyataan hari ini.

Kata Mohamed Hanipa yang juga Ahli Parlimen Sepang, berkata, jika Dr Riduan mendakwa ahli Pas terganggu dengan penghormatan yang diberikan oleh AMANAH tetapi Hanipa mempersoalkan adakah ahli Pas tidak terganggu sama sekali dengan tindakan Pas yang istiqamah menjalin kerjasama dengan Umno.

“Jika kata ahli-ahli parti ehem terganggu dengan perkara tersebut, adakah penulis rasa ahli-ahli parti ehem tidak terganggu sama sekali dengan tindakan parti ehem yang istiqamah bekal oksigen kat Umno dan kini rapat dan intim seperti peha kanan dan kiri ?

“Kenapa ada sikap terganggu yang terpilih?”, soal Hanipa.

Mohamed Hanipa tidak menolak kenyataan yang menyebut Allahyarham Ustaz Fadil sepanjang hayatnya bersama Pas.

” Ya,betul.Tapi,jangan stop kat situ je abang.Masa Almarhum meninggal dunia, kami yang dalam AMANAH pun masih bersama parti ehem dan bersama-sama almarhum dan almarhum Tok Guru Nik Aziz lawan sakan dengan Umno.

” Tak pernah bekal oksigen dan tak pernah bagi muka pada Umno. Masa almarhum hidup pun tak pernah ada sistem cai dalam muktkamar. Tak pernah juga almarhum membaruahkan para ahli-ahlinya. Tak pernah juga Almarhum menjebonkan mana-mana pemimpin partinya.

“Lagipun , masa beliau meninggal parti Amanah masih tak wujud lagi. Ya, beliau meninggal dunia dalam parti ehem tapi parti ehem yang sedang lawan Umno dan bertahaluf dengan DAP dan PKR pada masa tu…bukan parti ehem yang macam sekarang, abang hoi!.

“So kena lah faham konteknya ya abang!,” tegasnya.

Semalam media rasmi Pas Harakah online menyiarkan tulisan Dr Riduan Mohamad dengan tajuk:Melurus sejarah Ustaz Fadzil:PAN tidak wajar memperingati almarhum.

Antara lain Dr Riduan dipetik menyatakan dalam penulisannya apabila  parti serpihan Pas yang ditubuhkan oleh DAP berusaha untuk memperingati almarhum Ustaz Fadzil, perasaan ahli-ahli Pas sangat terganggu.

Sebelum ini mereka juga memperalatkan nama mantan Mursyidul Am Pas,Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk kepentingan politik mereka. Sewajarnya jika tokoh yang ingin dijulang oleh PAN ialah pimpinan besar DAP atau pun penggerak awal IRC, aljamaah atau pun HIS.

Di akhir perenggan Dr Riduan dipetik membuat kenyataan bahawa Almarhum tetap istiqamah memperjuangkan Islam dan kemuliaannya, malangnya sosok ini cuba dirampas sejarahnya oleh PAN.

Mereka memperingati Ustaz Fadzil untuk apa? Untuk menguar -uarkan pada umum bahawa merekalah legasi perjuangan almarhum? Mereka salah memahami sejarah emas sosok besar perjuangan Islam ini, DAP keluar daripada pemuafakatan dengan Pas di zaman almarhum iaitu pada tahun 2001.

Almarhum pernah duduk sepentas dengan Presiden Umno dalam berhiwar tentang isu Palestin di Dewan Bahasa dan Pustaka. Amalan itu diteruskan oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam isu Rohingya pada Disember 2016, namun merekalah paling kuat melalak dan memperlekeh usaha murni Presiden Pas. Mereka tak layak membicarakan sejarah almarhum jika sekadar menjadi khadam kepada DAP dan bermanis muka dengan jahiliah moden!