Malaysia Dateline

Fahmi nafi beri arahan sekat Ridhuan Tee muncul di RTM

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menafikan ada mengeluarkan sebarang arahan untuk menyekat pendakwah terkenal, Dr Ridhuan Tee Abdullah daripada muncul di kaca televisyen.

Beliau turut memaklumkan program bual bicara yang ditayang di RTM bukan di bawah bidang kuasanya.

“Tidak,” katanya ringkas.

“Ia bukan pun program (kementerian) saya, maka, bagaimana pula orang boleh buat cerita kata saya yang suruh tukar ahli panel tertentu,” katanya pada sidang media hari ini.

Kelmarin, pendakwah terkenal, Ridhuan Tee mendakwa beliau tidak dibenarkan menjadi antara panel forum tersebut atas arahan daripada seorang menteri.

Bagaimanapun, dakwaan beliau kononnya rancangan bicarawara Islam itu dibatalkan tidak pula berlaku, sebaliknya bersiaran seperti biasa selepas slot Berita Perdana di TV1.