Fail sulit merah dedah kontrak luar biasa

Fail sulit merah dedah kontrak luar biasa

‘Fail sulit merah’ yang boleh diakses orang tertentu akhirnya mendedahkan kontrak kerajaan yang mempunyai syarat luar biasa dan merugikan kerajaan, demikian menurut Menteri Kewangan Lim Guang Eng.

Fail berkenaan terkandung beberapa perkara termasuklah penyelewengan dan skandal berkaitan 1MDB.

Menurut Lim di dalam wawancara bersama Sinar Harian, fail itu turut mengandungi syarat seperti pembayaran mengikut tempoh masa dan bukannya tahap penyiapan projek.

“Ada beberapa kontrak di mana pembayaran dibuat walaupun kemajuan kerja hanya 10 hingga 15 peratus. Lebih dua pertiga nilai kontrak ataupun jumlah kontrak telah pun dibayar.

“Kita sedang siasat perjanjian-perjanjian yang agak luar biasa ini. Biasanya kalau kerja siap 30 peratus, kita akan bayar 30 peratus. Tetapi ini tidak diamalkan.

“Kerja baru siap 30 peratus tetapi sudah dibayar 70 peratus. Mengapa? Kerana perjanjian dibuat bergantung kepada tempoh masa iaitu pembayaran dibuat setiap enam bulan, tak kira ada buat kerja atau tak buat kerja,” katanya.

Jelas beliau, pihaknya akan terus menyiasat dan mempersoalkan bagaimana mereka membuat kontrak seperti ini yang tidak memihak kepada kepentingan negara.

Guan Eng turut menyifatkan skandal penyelewengan paling besar di dalam negara apabila sebanyak RM7 bilion telah dibayar dan lebih menyedihkan kerajaan terpaksa menanggung beban membayar RM38 bilion lagi sehingga 2039.

 

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
2 user votes x 10.0