Malaysia Dateline

Faiz berjaya tunaikan janji PRU14 di Dun Permatang Pasir

Terbinanya dewan orang ramai yang menelan kos RM3.2 juta di Dun Permatang Pasir baru-baru ini merupakan salah satu janji ADUN Permatang Pasir Faiz Fadzil pada PRU14 lalu.

Pembinaan dewan orang ramai telah merealisasikan impian penduduk yang telah sekian lama memerlukan sebuah dewan dan ia juga membuktikan janji yang telah dibuat dalam pilihan raya umum (PRU) yang lalu berjaya direalisasikan.

Adun Permatang Pasir, yang juga merupakan wakil rakyat AMANAH berkata, dengan wujudnya dewan orang ramai tersebut, pelbagai aktiviti kemasyarakatan penduduk setempat dapat dilaksanakan serta memberi banyak manfaat kepada pelbagai golongan masyarakat.

“Dewan ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti pentas dan juga gelanggang untuk aktiviti sukan seperti badminton, majlis keraian mahu pun kenduri-kendara.

Faiz berjaya tunaikan janji PRU14 di Dun Permatang Pasir
Faiz Fadzil

“Projek pembinaan yang dimulakan pada tahun 2019 hasil dana kerajaan negeri Pulau Pinang telah siap sempurna pada tahun 2022 dan ia menjadi suatu keperluan kepada penduduk sekitar sejak sekian lama.

“Kewujudan dewan ini juga memperlihatkan kesungguhan kerajaan negeri Pakatan Harapan merealisasikan setiap impian penduduk dalam kawasan Dun Permatang Pasir khasnya dan bagi semua rakyat negeri ini amnya,” ujar beliau ketika ditemui.