Malaysia Dateline

Faiz dan keluarga turun santuni rakyat di musim Covid-19

Memberi perhatian kepada setiap masalah rakyat dan aduan yang diterima telah menjadi rutin bagi Adun Permatang Pasir, Faiz Fadzil walaupun dalam keadaan penularan wabak covid-19.

Terkini beliau menyantuni peniaga dan pengunjung Pasar Awam Penanti, Permatang Pauh dengan mengedarkan pelitup muka bagi penjagaan keselamatan penduduk daripada, pandemik wabak Covid-19 tersebut.

Lebih menarik lagi apabila isteri dan anak Faiz turut mengambil inisiatif dengan sama-sama menziarahi beberapa penduduk yang uzur serta sakit dalam kawasan Dun Permatang Pasir yang diwakili oleh Faiz sebagai Adun AMANAH.

“Program turun padang juga menyantuni peniaga serta pengunjung di sekitar Pasar Awam Sama Gagah dengan bertanya khabar dan mendengar keluhan mereka supaya dapat diberi perhatian sedapat mungkin.

“Menjelang tahun baru 2021, turut diedarkan kalendar 2021 bersama-sama dengan pelitup muka bersama-sama dengan Pemuda AMANAH kawasan Permatang Pauh serta Pemuda AMANAH Negeri Pulau Pinang.

“Program sedemikian dilaksanakan saban waktu bagi mendekati masyarakat dengan harapan ia akan memberi respon terkini supaya kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dari segi sosio ekonomi dan hubungan kaum dapat ditingkatkan khususnya dalam situasi penularan pandemik wabak covid-19, ” tegas beliau.