Faiz dapat sokongan moral adik, abang turun berkempen

Aiman, Faiz dan Fawwaz, tiga anak-anak Datuk Fadzil Nor bertemu di Permatang Pasir petang ini.

Calon Pakatan Harapan Permatang Pasir, Faiz Fadzil hari ini penuh dengan kegembiraan apabila abang dan adik beliau turut sama datang memberikan sokongan moral.

Abang beliau, Aiman Fadzil, 48, dan adiknya Ustaz Ahmad Fawwaz Fadzil, 37, turun ke markas besar PH di Kubang Semang, Permatang Pauh hari ini.

Aiman dan Fawwaz tiba di Permatang Pasir petang ini bagi membantu kempen Faiz dalam pilihan raya umum ke 14 ini.

Ketiga-tiga mereka dijangka akan berada di sana bagi membantu kempen Faiz yang buat pertama kali menjadi calon pilihan raya.

Ketiga-tiga mereka adalah anak-anak kepada Almarhum Datuk Fadzil Noor, bekas presiden Pas yang paling popular.

Ustaz Fadzil adalah penggerak perpaduan pertama apabila beliau menggerakkan penubuhan NGO Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (Gerak) pada September 1998 bagi memberikan sokongan moral kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas beliau dipecat sebagai timbalan perdana menteri.

Gerak disertai oleh semua parti pembangkang pada tahun 1998 lalu termasuk Pas, DAP dan lain-lain pertubuhan bukan kerajaan.

 

7.8
OVERALL SCORE
: 9.0
3 user votes x 7.3