Malaysia Dateline

Faiz santuni masyarakat India kurang berkemampuan

Sebagai wakil rakyat AMANAH kawasan Dun Permatang Pasir yang mewakili semua golongan masyarakat, Faiz Fadzil tetap memberi perhatian terhadap golongan kurang berkemampuan, orang kurang upaya serta mereka yang memerlukan.

Sempena sambutan Deepavali hari ini, beliau turut turun padang menyantuni masyarakat keturunan India dalam kawasan Dun Permatang Pasir dengan menyalurkan sumbangan berupa bakul makanan, maruku serta sedikit sumbangan wang tunai bagi meringankan beban mereka.

“Adalah diharapkan sumbangan yang diberikan dapat digunakan bagi memeriahkan perayaan Deepavali yang disambut oleh masyarakat keturunan India yang kurang berkemampuan.

“Selain itu kunjungan dan ziarah turut dibuat ke atas keluarga masyarakat keturunan Tionghua di Permatang Ara dengan menzirahi keluarga Lye Ah Huat yang telah meninggal dunia kerana sakit tua.

“Gerak kerja menyantuni masyarakat pelbagai golongan menjadi rutin saban waktu bagi kadun Permatang Pasir kerana ia menjadi satu tanggungjawab yang telah sebati sejak sekian lama,” ujar beliau.