Malaysia Dateline

Faiz segera atasi masalah sungai, parit selepas aduan penduduk Dun Permatang Pasir

Sebaik saja menerima aduan, Faiz Fadzil segera mengambil tindakan dengan turun padang melihat dengan lebih dekat masalah sungai dan parit yang dihadapi penduduk di DUN Permatang Pasir.

Terkini, Faiz menjenguk beberapa kawasan aliran sungai dan parit yang memerlukan pembaikan.

“Bagi menyelesaikan aduan penduduk, pejabat Kadun Permatang Pasir mengambil inisiatif segera dengan menghubungi pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi mencari solusi.

” Saya bersama pegawai kejuruteraan JPS Daerah Seberang Perai Tengah telah turun padang ke kawasan kebun sayur Cross Street yang mana tebing Sungai Ara perlu dibaiki bagi mengelakkan ia daripada runtuh.

Faiz segera turun padang melihat kerja-kerja penyelenggaraan pengairan yang dilaksanakan termasuk menemui pekebun sayur terbabit. 


“Adalah difahamkan pembaikan tersebut harus dilaksanakan kerana pekebun sayur di kawasan terbabit menjalankan tanaman sayur secara tradisional. Manakala aliran air sungai dan parit amat penting bagi aktiviti pertanian mereka,” ujar beliau ketika dihubungi.

Tambah beliau, Kampung Tanjong Putus yang mengalami masalah air bertakung turut diberi perhatian segera apakala JPS akan membersihkan dan menyelenggara parit dan penahan banjir (floodgate) yang semakin mendap bagi mengelak kejadian banjir kilat serta memastikan keselesaan penduduk terbabit.