Faiz Subri terima cenderamata khas daripada YDP Pulau Pinang

Faiz Subri terima cenderamata khas daripada YDP Pulau Pinang

Yang di-Pertua Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas hari ini, menganugerahkan cenderamata khas kepada penyerang sensasi Harimau Kumbang, Mohd Faiz Subri.

Abdul Rahman menganugerahkan cenderamata itu sempena kejayaan Mohd Faiz merangkul kemenangan Anugerah PUSKAS 2016, di Zurich pada 10 Januari lalu. Abdul Rahman turut menganugerahkan cenderamata khas kepada isteri Mohd Faiz, Zawanis Hashim, dalam satu majlis tertutup di Anjung Mutiara, Georgetown hari ini lapor BH.

Pada majlis sama, Mohd Faiz turut menerima cenderamata penghargaan daripada Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang).

Yang turut hadir, isteri Yang di-Pertua Pulau Pinang, Toh Puan Majimor Shariff; Presiden Pemenang Tan Sri Mohd Yusoff Latiff dan Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang Zairil Khir Johari.

Pemain kelahiran Kedah yang kini beraksi bersama skuad Pulau Pinang itu mengalahkan dua lagi pencabar utama, iaitu Marlone dari Brazil dan pemain wanita Veneuzela, Daniuska Ridriguez.

Anugerah PUSKAS 2016 yang disampaikan oleh pemain lagenda bola sepak Brazil, Ronaldo itu sekali gus menyaksikan Mohd Faiz setaraf dengan pemain ternama dunia, Christiano Ronaldo, Zaltan Ibrahimovic, Neymar dan James Rodriguez.

TAGS