Faiz Subri terima pingat daripada Sultan Kedah

Faiz Subri terima pingat daripada Sultan Kedah

Pemenang gol tercantik Anugerah Puskas FIFA 2016, Mohd Faiz Subri hari ini menerima pingat Ahli Cemerlang Semangat Jerai Kedah (A.S.K) daripada Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Pemenang gol tercantik Anugerah Puskas FIFA 2016, Mohd Faiz Subri hari ini menerima pingat Ahli Cemerlang Semangat Jerai Kedah (A.S.K) daripada Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Mohd Faiz menerima pingat itu pada majlis Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran sesi kelapan di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit, di sini.

Beliau merupakan antara 164 penerima darjah dan bintang kebesaran sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-89.

Pemain Pulau Pinang berusia 30 tahun itu mencipta sejarah sebagai pemain Asia pertama dikurniakan anugerah itu pada 9 Januari lalu menerusi jaringan ajaib semasa perlawanan Liga Super antara Pulau Pinang menentang Pahang pada 16 Feb tahun lepas.

TAGS