Malaysia Dateline

Faiz teruskan agenda Peduli Rakyat di DUN Permatang Pasir

Faiz meninjau kawasan peparitan sekitar Dun Permatang Pasir.

Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan masih lagi diteruskan, ia tidak sedikit pun menghalang Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Faiz Fadzil meneruskan agenda peduli rakyat.

Ini terbukti apabila beliau meneruskan kepedulian tersebut dengan meninjau beberapa kawasan yang memerlukan perhatian khususnya peparitan dan jalan-jalan kampung yang rosak dan perlu dibaiki.

Malah ia turut memberi perhatian terhadap keperluan melibatkan institusi kesihatan dengan menyumbangkan khemah bagi pengurusan pelawat dan pesakit di Klinik Kesihatan Kubang Semang.

“Lawatan turut diadakan bersama dengan agensi kerajaan termasuklah Pegawai Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah bagi meninjau infrastruktur kawasan Kebun Sayur Cross Street.

Faiz meninjau kawasan dalam Dun Permatang Pasir bagi menambahbaik infrastruktur semalam.

Ia dilaksanakan bagi menambah baik kawsan tersebut khususnya bagi mengatasi masalah banjir kilat yang kerap melanda kawasan tersebut. Selain itu perhatian juga diberikan kepada Klinik Kesihatan dengan menyumbangkan khemah untuk melicinkan pengurusan pelawat dan pesakit, ” jelasnya.

Menurut Faiz lagi, pejabat MPKK Permatang Tengah juga diberi perhatian dan ditambah baik bagi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Ini termasuklah menziarahi golongan yang uzur dan orang kurang upaya serta mereka yang memerlukandi Permatang Rambai dalam kawasan Dun Permatang Pasir. Golongan wanita asnaf termasuk ibu turut diberi perhatian dengan menyumbangkan barangan dapur serta pelitup muka bagi meringankan beban penduduk yang rata-ratanya masih lagi terbeban dengan kesan Perintah Kawalan Pergerakan.