Malaysia Dateline

Faiz teruskan agenda peduli rakyat saban waktu tanpa had

Turun padang saban waktu bagi mendengar masalah kehidupan rakyat khususnya dalam kawasan Dun Permatang Pasir yang juga berada dalam kawasan Parlimen Permatang sudah menjadi rutin bagi Adunnya, Faiz Fadzil.

Beliau bukan sahaja menjadikan rutin mendekati mereka yang terkesan dengan pandemik Covid-19 melalui pelbagai dokongan yang mampu disalurkan, sebaliknya turut mengambil berat masalah yang dihadapi oleh ibu tunggal,warga emas,anak yatim,golongan miskin maupun pelajar yang memerlukan sokongan bagi meneruskan pembelajaran mereka serta mereka yang terlantar sakit, warga emas dan pelbagai golongan masyarakat.

Faiz ketika meninjau projek perparitan dalam kawasan Dun Permatang Pasir serta menemui penduduk bagi mendengar masalah yang mereka hadapi.

Yang terkini, Faiz membantu menyumbangkan perabut asas bagi kegunaan koperasi kelompok Permatang Pasir. Selain itu beliau turut meninjau keperluan infrastruktur penduduk dengan melawat beberapa tempat penggantian longkang dan parit yang baharu di beberapa buah kampung terlibat iaitu Kubang Semang, Permatang Ara, Permatang Tengah dan juga Pengkalan Tambang.

“Dengan siapnya infrastruktur ini nanti ia mampu untuk melancarkan aliran air dan mengurangkan risiko banjir kilat yang sering terjadi apabila hujan turun dengan lebat.

” Ia juga adalah sejajar dengan apa yang telah dijanjikan dalam manifesto Dun Permatang Pasir dimana kepentingan dan keperluan penduduk termasuk mengatasi masalah perparitan turut menjadi perhatian bagi keselesaan penduduk.

” Malahan program peduli rakyat tidak ada had maupun ketentuan masa, siang atau pun malam. Ia telah menjadi rutin dan suatu tanggungjawab sebagai wakil kepada rakyat yang telah memberi kepercayaan kepada AMANAH dan PH sejak pilihan raya umum ke 14 yang lalu, ” ujar beliau.