Malaysia Dateline

Faizal Azumu dilantik MB Perak semula

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilantik semula sekali lagi ke jawatan itu hari ini.

Surat perlantikan itu dikeluarkan oleh Baginda Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan diumumkan oleh Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor, Datuk Bijaya Diraja.

Menurut kenyataan itu, pada timbangan Baginda, ahli Dewan Undangan Negeri Cenderiang itu mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada ahli Dewan Negeri Perak untuk dilantik sebagai MB Perak ke 13.

“Baginda menetapkan 18 Rejab 1441 bersamaan 13 Mac 2020, jam 3.30 petang untuk istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar di Istana Iskandariah, Perak,” kata kenyataan media Abdul Rahim hari ini.

Kerajaan ini dijangka akan disertai oleh Adun dari Umno, Pas, Bersatu dan 3 pengkhianat dari AMANAH dan DAP.