Malaysia Dateline

Faizal Tahir dedah siapa Yasin Sulaiman sebenarnya…

Setelah lebih sebulan Yasin Sulaiman dipenjara, hari ini penyanyi, komposer dan pencipta lagu Faizal Tahir buka mulut dan mendedahkan siapa sebenarnya penyanyi yang tersohor dengan lagu Mimpi Laila.

Menurut Faizal, Yasin telah banyak mengubah dirinya menjadi insan yang lebih baik.

Daripada Yasinlah Faizal mengenal erti kehidupan sebenar terutama melibatkan hal-hal berkaitan agama dan al-Quran.

“Banyak yang saya belajar daripada Yasin Sulaiman sepanjang kami bersahabat. Saya belajar tentang al-Quran, tadabbur dan hal yang berkaitan dengan kehidupan.

“Apa yang boleh saya katakan, dia merupakan antara manusia yang banyak mengubah saya ke arah kebaikan.

“Ini bukan kerana bias, kalau saya boleh senarai orang-orang yang mengubah hidup saya menjadi lebih baik, Yasin mungkin di top 3,” kata pelatun lagu Sampai Syurga.

Faizal Tahir dedah siapa Yasin Sulaiman sebenarnya...
Faizal akui Yasin pernah mengajarnya berkaitan agama dan Al Quran

Setelah mengetahui nasib menimpa Yasin, Faizal meluahkan rasa sedih atas apa yang menimpa sahabatnya itu.

“Beberapa hari sebelum dia ditahan, saya memang berniat nak jumpa dengan dia. Sebab sudah hampir setahun lebih tidak bersua muka. Malangnya, hasrat hati saya tidak kesampaian,

“Saya cuba berhubung dengan dia tetapi tak dapat. Saya cuba hubungi peguamnya juga tidak berjaya, barangkali sibuk. Saya faham, waktu sebegini memang dia memerlukan sokongan dan rakan-rakan.

“Bila jadi macam ni sedihlah.. Lillahitaala, dia merupakan manusia paling baik yang pernah jumpa. Dia sangat suka memberi.

“Hati dia bersih dia tak pernah buruk sangka dan dia sangat suka tolong orang. Kalau orang tengok saya macam ni yang saya dah lain, nama yang saya akan naikkan adalah nama Yasin,” katanya dipetik Media Hiburan.

Faizal juga mendedahkan beliau pernah menjaga Yasin selama tiga bulan ketika mengalami simptom bipolar pada tahun 2013.

“Nak kata susah untuk menjaga itu tidak tapi saya banyak belajar perkara baru. Ia pengalaman berharga buat saya. Saya sangat sayang pada dia.

“Personalitinya akan berubah-ubah, jadi, saya kena banyak bersabar. Kalau tiba-tiba kena marah atau mood baik tiba-tiba bertukar, itu biasa. Hampir tiga bulan juga saya menjaga dia,” ujarnya.

Tambah Faizal, hukuman yang diberikan kepada Yasin dirasakan tidak masuk akal.

“Hukuman yang dia terima itu tak masuk akal pada saya. Kalau kita nak buat apa-apa pun, biarlah kita tengok latar belakang seseorang itu, dan kenapa dia buat perkara berkenaan, dan apakah perkara lain yang dia lakukan memberi impak kepada orang lain.

Terdahulu, Yasin Sulaiman, 47, ditahan atas kesalahan menanam 17 pokok ganja di halaman rumahnya di Damansara pada 24 Mac lalu.

Berikutan itu, Yasin didakwa mengikut Seksyen 6B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebaran tidak kurang enam kali, jika sabit kesalahan.

Baca juga: Penulis esei ‘How To Murder Your Husband’ didapati bersalah membunuh suaminya