Malaysia Dateline

Fakta dan Persoalan

1. Dia bersama Pakatan Harapan (PH) tumbangkan kleptokrat.

2. Dia tumbangkan PH dengan sokongan kleptokrat.

3. Dia tidak mahu Dr Mahathir serah jawatan Perdana Menteri kepada Anwar dan tidak mahu kerjasama dengan DAP lagi. Dr Mahathir minta sikit masa, dia tak peduli.

4. Sekarang apabila kleptokrat tinggalkan dia, dia ajak kita sokong dia kononnya untuk sekat kleptokrat.

5. Setelah mengakui yang dia tidak ada majoriti lagi, dia ajak semua orang bersatu hati atas nama ibu pertiwi.
Soalnya bolehkah kita percayai dia lagi?

6. Serentak itu, kita juga ingin tahu adakah PH akan menerima kleptokrat jika mereka menyokong Ketua Pembangkang sebagai Perdana Menteri?

7. Kalau mereka terima, tidaklah ada apa-apa beza antara mereka dengan PN yang merampas kuasa melalui kerjasama dengan kleptokrat.

8. Tak tahulah apa nak jadi dengan negara kita ini.