Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
FAM mahu Harimau Malaya terus konsisten

FAM mahu Harimau Malaya terus konsisten

BernamaJune 8, 2019 1:48 pm




Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mahu skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe untuk terus kekal konsisten selepas berjaya menundukkan Timor Leste 7-1 dalam perlawanan pertama ‘play-off’ kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, malam tadi.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dalam satu kenyataan media di Facebook rasmi FAM berharap pasukan negara kekalkan tempo perlawanan dan dapat beraksi lebih baik pada aksi timbal balik nanti.

“Harimau Malaya bermula langkah kanan serta mempamerkan semangat juang tinggi pada aksi minggu Hari Raya ini. Saya juga berharap Harimau Malaya terus fokus bagi memastikan kita menang selesa pada perlawanan timbal balik untuk mara ke pusingan kedua kelayakan pada September nanti,” katanya.

Perlawanan kedua dengan Timor Leste sebagai tuan rumah akan berlangsung di venue sama, Selasa (11 Jun) ini dan Malaysia perlu mengesahkan kemenangan mutlak untuk mara ke pusingan kedua kelayakan.

Enam pemenang daripada pusingan pertama termasuk pemenang play-off antara Malaysia dan Timor Leste, akan menyertai 34 pasukan ranking teratas di Asia pada pusingan kedua termasuk penyandang juara Piala Asia, Qatar, selaku tuan rumah Piala Dunia 2022.

Pada pusingan kedua, yang dijadual September ini, 40 pasukan akan dibahagikan kepada lapan kumpulan dengan juara kumpulan dan empat pasukan kedua terbaik akan layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022 dan slot automatik ke Piala Asia 2023.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Pas main dua kolam: Mustahil Umno duduk diam?

Pakej Kita Selangor bela kebajikan rakyat hadapi PKP 2.0

Proklamasi Darurat, rakyat dan teori pusaran keheningan

PN guna duit cukai bayar iklan puji diri

Dr Dzul, Saifudin dan Loke wakil PH dalam JK Bebas nilai Darurat

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production