Malaysia Dateline

FAMA ketengah konsep Mybest Buy sempena LTdL 2020

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan mengetengahkan program MyBest Buy (MBB) bersempena LTdL 2020 yang kini berlangsung di setiap sembilan lokasi di negara ini.

Pengerusi FAMA Malaysia, Haji Ishak Ismail berkata, program berkenaan adalah bertujuan bagi mempromosikan produk keluaran tempatan di perlumbaan berprestij tinggi yang menjadi tumpuan dunia.

Katanya, di samping itu ia juga merupakan memperluas serta memajukan pasaran baru bagi hasil-hasil pertanian Malaysia melalui rantaian pengiklanan program-program antarabangsa.

“Antara pengisian dalam program ini ialah jualan terus dari ladang , jualan produk industri asas tani, jualan buah-buahan dan sayur-sayuran dan jualan KopieSatu.

“Selain itu, kita turut mempromosikan jualanl karavan tani/foodtruck, agrobazar online dan butik agromas,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Jualan MyBest (MBB)sempena LTdL 2020 di Kuching hari ini.

Menurut Haji Ishak, jangkaan nilai jualan MBB di semua lokasi adalah RM450 ribu dan anggaran penjimatan yang dinikmati oleh pengguna adalah sebanyak RM100 ribu.

“Pada penganjuran LTdL 2020 kali ini juga, kita turut mengetengahkan Komoditi Nanas MD2 yang merupakan ‘Fruit Of The Even’ di MAHA 2020,” jelasnya.

Dalam pada itu, katanya, FAMA juga mengadakan Program Jom Kongsi Rezeki yang dianjurkan dengan kerjasama Yayasan Prihatin Insan dengan memberi sumbangan kepada golongan asnaf terpilih.

“Untuk di Kuching ini, seramai 50 peserta golongan asnaf telah menerima sumbangan berupa barangan dapur.

“Sekurang-kurang kita dapat berkongsi rezeki bersama kekuarga kurang berkemampuan di setiap lokasi LTdL 2020 nanti kecuali di Genting Higlands,” tambah beliau lagi.

Turut hadir pada Majlis Penyampaian Jom Kongsi Rezeki di Padang Merdeka, Kuching ialah Pengarah FAMA Negeri Sarawak, Dato’ Dr Mat Sani Hassan serta Ahli-Ahli Lembaga Pengarah FAMA.

Sementara itu, Jelajah LTdL 2020 telah membuka tirainya di Kota Kinabalu, Sabah semalam, diikuti Kuching, Sarawak hari ini dan akan berlangsung di Kerteh, Terengganu esok.

Pada 8 -9 Februari, jelajah diteruskan di KLCC, Kuala Lumpur, Genting Highland, Pahang(10 Februari), Ipoh, Perak(10-11 Februari), Padang Kota Lama, Pulau Pinang(11-12 Februari), Alor Setar, Kedah(13 Febuari) dan di Pantai Cenang, Langkawi, Kedah 12-15 Februari.