FAMA raih RM6.35 juta jualan sehingga 1 Dis

FAMA raih RM6.35 juta jualan sehingga 1 Dis

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) berjaya mencatat nilai jualan berjumlah RM6.35 juta melalui enam segmen kendaliannya pada pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2018 setakat Sabtu.

Pengerusinya Ismail Ishak berkata segmen ‘Castle of Fruit’ mencatat jualan tertinggi bernilai RM3.24 juta dengan pembelian hampir sejuta pelbagai anak pokok daripada pengunjung.

“Ia diikuti oleh segmen Empayar Makanan berjumlah RM2.2 juta dan diikuti Gerbang Food Truck sebanyak RM435,000.

“Manakala segmen ‘Coconut Street’ dan Agrobazaar Online masing-masing mencatat nilai jualan sebanyak RM247,000 dan RM145,000,” katanya kepada pemberita semasa sidang media majlis RangkumanFAMA @MAHA 2018 di Dewan D, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini, hari ini.

Menurutnya Butik Agromas yang menjual produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) merekodkanpenjualan lebih RM60,000.

Sementara itu Ismail juga optimis nilai jualan keseluruhan bagi segmen kendalian lembaga itu mampu mencecah sehingga RM7.4 juta pada hari terakhir ekspo hari ini.

“MAHA 2018 merupakan medium terbaik bagi para usahawan di bawah kendalian FAMA untuk mempromosi produk serta mengembangkan perniagaan,” tambahnya.

Terdahulu dalam majlis itu Ismail menyampaikan sijil penyertaan kepada 95 peserta di bawah segmen Empayar Makanan.

Loading...

MAHA 2018 yang berlangsung pada 22 Nov lepas melabuhkan tirainya, pukul 10 Ahad malam.

— BERNAMA