FAMA sasar nilai jualan JDTL cecah RM1.95 juta tahun ini

FAMA sasar nilai jualan JDTL cecah RM1.95 juta tahun ini

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan nilai jualan sebanyak RM1.95 juta  melalui program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) tahun ini berbanding RM1.72 juta tahun lalu.

Pengerusi FAMA, Ishak Ismail berkata, sehingga Oktober tahun ini, nilai jualan JTDL telah mencatatkan sebanyak RM1.75 juta.

Selain itu, katanya, peserta program JTDL pada tahun ini telah meningkat kepada 557 orang berbanding 483 peserta tahun lalu serta meningkatkan hasil pendapatan mereka sehingga 50 peratus.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian JTDL FAMA peringkat negeri Pulau Pinang di Pasaraya Mydin, di sini, hari ini.

Program tiga hari itu disempurnakan ????Exco Pertanian, Dr Afif Bahardin.

Sementara itu, Afif berkata kerajaan negeri merancang mewujudkan pusat sehenti atau pusat pemasaran strategik bagi membantu usahawan di negeri itu meningkatkan hasil jualan mereka.

Acara JTDL itu menawarkan pengguna harga antara lima hingga 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran serta sekitar 50 peratus daripada harga pengguna kepada pembekal.

— BERNAMA